Khamis, 7 Julai 2011

PRESIDEN YAMAN JALANI LAPAN PEMBEDAHAN DI SAUDI


Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh mengakui beliau terpaksa menerima lapan pembedahan sepanjang menerima rawatan di negara Saudi akibat kecederaan yang dialami akibat bedilan roket pihak penentangnya lebih sebulan yang lalu yang jelas kelihatan kecederaan pada wajah, tangan dan bahunya yang berbalut. Abdullah Saleh turut memaklumkan 87 orang terdiri pegawai tertingginya turut cedera parah dan menerima rawatan yang sama selain beberapa pengawal peribadinya yang terkorban dan cedera. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada negara Saudi dan kerajaannya yang membantu sepanjang beliau menerima rawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan