Khamis, 7 Julai 2011

TV YAMAN SIAR WAJAH TERKINI PRESIDEN ABDULLAH SALEH


Televisyen Yaman semalam menyiarkan rakaman ucapan Presiden Ali Abdullah Saleh yang pertama selepas beliau menerima rawatan di Saudi. Kemunculan pertama Presiden Yaman itu selepas cedera parah terkena bedilan roket oleh penentang beliau yang mengena atas masjid dalam Istana Presiden ketika beliau dan beberapa pegawai dan menteri menunaikan solat di dalam masjid tersebut. Nyata kesan terbakar pada wajah beliau dan kecederaan pada tangan kanannya di saat rakyat Yaman terus melaungkan slogan kebebasan dan meminta beliau turun dari kerajaan yang dikuasai itu sejak 3 dekad lalu. Beliau menyeru agar dialog antara kerajaan dan rakyat dimulakan bagi menghentikan krisis di negara Teluk yang dilihat tiada kesudahan.
Perbezaan dua wajah Presiden Yaman ketika saat bahagia di kekuasaan (atas) manakala wajah terbaru beliau selepas menerima rawatan di Saudi (bawah).

Sumber: http://news.maktoob.com/article.php/6362976

Tiada ulasan:

Catat Ulasan