Selasa, 14 Jun 2011

IKHWAN DAN PARTI KEADILAN UCAP TAHNIAH KEPADA AKP


Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir, Dr.Mohammad Mursi mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Tayyib Erdorgan atas kemenangan parti itu dalam pilihanraya Parlimen semalam. AKP Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini. Turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Erdorgan ialah Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohamed Badi'e.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya. Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara. Dalam pilihan raya ini, AKP mendapat 325 kerusi, CHP 135, MHP 54 dan BGM 36 kerusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan