Isnin, 7 Jun 2010

BANTUAN DIPERLUKAN BAGI RAWATAN SEORANG BAYI


Sumbangan derma kilat ke atas bayi yang baru lahir bagi sahabat kita daripada Indonesia, Saudara Ahmad Mufiti Hamdani yang akan menjalani pembedahan kerana menghidapi simptom kompilasi jantung AMAT DIPERLUKAN DENGAN SEGERA.

Pembedahan tersebut terpaksa dilakukan di Arab Saudi ekoran doktor pakar di Mesir tiada di dalam negera sehinggalah bulan Julai nanti. Sedangkan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera dan mesti dilakukan pada bulan Jun ini.

Bayi,Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Harap, kepada sesiapa yang sudi membantu anak sahabat kita ini boleh terus disalurkan kepada:
unit kebajikan BKAN dan DPM masing-masing. atau

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM,saudara Farkhan (No Hp: +20142900215)
atau Ketua Unit Kebajikan saudari Hasyimah (No Hp : +20141344093)


Keterangan lanjut melalui berita tersebut terus kepada laman rasmi PMRAM di :
www.pmram.org

(Sumber:Blog peribadi saudara Zuhaili Saiman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan