Sebelum itu, sejak petang Khamis, ratusan anak murid serta kalangan pencinta (muhibbin) Syeikh Soleh dari segenap cawangan berkumpul di masjdi beliau itu bagi meraikan malam penutup sambutan termasuk tetamu dari Sudan, Libya dan Bahrain. Malaysia pula diwakili oleh para penuntut Al-Azhar yang berada di Kaherah ketika ini.
Majlis yang gilang gemilang tahun ini bermula dengan solat maghrib yang

Ketika Prof.Dr.Rabi'e,mantan Dekan Kuliah Usuluddin Al-Azhar memberikan ucapan, hadirin teruja dengan kehadiran Syeikh bagi Masyayeikh Tariqat Sufi Mesir yang baru dilantik baru-baru ini iaitu Syeikh Abdul Hadi Al-Qusabi yang juga Ketua Majlis Tertinggi Kesufian Mesir.
Mengiringi beliau ialah Sayyid Mahmud As-Syarif, ketua bagi golongan Al-Ashraf Mesir serta Syeikh Mukhtar Ali, Syeikh tariqat Dusuqiyah Muhammadiyah yang juga ahli Majlis Tertinggi Kesufian Mesir. Turut hadir ialah Syeikh Fuad Abdul 'Azim, wakil Kementerian Wakaf Mesir (Hal Ehwal Al-Quran dan Masjid) sebagai mewakili Menteri Wakaf, Dr.Hamdi Zaqazuq.

Apatah lagi sepanjang saya menghadiri sambutan sebegini sejak empat tahun lalu, tidak pernah Syeikh Masyayeikh Tariqat dan Ketua golongan Al-Ashraf Mesir turun ke sambutan kecuali dengan hanya menghantar wakil mereka. Akan tetapi tahun ini cukup berbeza.
Antara yang hadir dan memberikan ucapan ialah Prof.Dr.Fathi Abdul Rahman Hijazi (Pensyarah Kuliah bahasa Arab Al-Azhar Kaherah),
Ketika jam menunjukkan jam 1 pagi, sekali lagi kami dikejutkan dengan
Alunan madih memuji Sayyidi Ahmad Idris dari qasidah karangan Syeikh Soleh Jaafari dialunkan bagi mengalu-alukan kedatangan keturunan beliau itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan