Rabu, 9 Jun 2010

BARAKALLAHU LAKUM : WALIMATUL 'URUS SAHABAT

Sempena cuti sekolah di Malaysia sekarang ini, tentu banyak majlis kenduri kahwin. Saya sendiri mendapat jemputan dan makluman dalam facebook dari teman-teman yang bakal menempuh alam rumah tangga. Ada antara mereka teman sekolah di Maahad Muhammadi dulu dan teman yang menuntut di Mesir dan telah pulang setelah menamatkan pengajian.

Dari saya, ucapan tahniah buat mereka. Terima kasih atas kesudian kalian mengundang saya melalui Facebook (itu tanda ingatan dari seorang sahabat). Barakallahu lakum jami'an..Semoga berkekalan selama-lamanya dengan izin Allah.

Khas buat teman istimewa, teman yang agak lama bersahabat iaitu Al-Fadhil Ustaz Murshidi Mustapha (menjadi teman saya dan Ustaz Khairul Anuar,mantan Presiden PMRAM sejak kami di sekolah menengah lagi). Antara kami bertiga, saya rupanya paling lewat bertemu jodoh. Yang paling awal mendahului ialah Ustaz Khairul Anuar yang kini telah mempunyai dua cahaya mata.

Tak lupa buat sahabat yang lain, saudara Ahmad Farhan Tahir (ex-maahad), Ustaz Ahmad Arrifaie Atiqullah (senior saya di Mesir,mantan EXCO Kebajikan Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) tahun 2005/2006-kalau tak silap-) juga saudara Saiful Azman Abdul Rahim (senior di sekolah Maahad Muhammadi Lelaki), adiknya, Saiful Lizam, sekelas dengan saya masa ambil STAM 2003. Lepas ini giliran adik dia pula ye.

Tak lupa saudara Saifullah An-Nasr (bekas classmate di Maahad Muhammadi sewaktu SPM dahulu).

Di bawah adalah antara gambar yang menerangkan keceriaan pasangan pengantin. Mohon keizinan dari sekalian tuan empunya gambar bagi saya ambil dari Facebook untuk saya masukkan dalam blog sebagai tanda ingatan.
Saudara Ahmad Farhan Tahir dan isteri.

Ustaz Murshidi berdoa selepas selamat diijabkabulkan (oleh Tuan Guru Nik Aziz kalau tak silap)
Saifullah An-Nasr bersama pasangan. Tahniah dari saya.

Hanya gambar Ustaz Arrifaie dan saudara Saiful Azman masih belum ditemui. Sebagai ganti, paparan kad jemputan perkahwinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan