Jumaat, 18 Jun 2010

ZIARAH SAIDINA HUSAIN BERSAMA SYEIKH SOLEH

Wakil Pertama Kementerian Wakaf Mesir (bagi Hal Ehwal Masjid dan Al-Quran),Syeikh Fuad Abdul 'Azim yang mewakili Menteri Wakaf Mesir Dr.Hamdi Zaqzuq malam tadi, ketika menyampaikan ucapan di sambutan Maulid Syeikh Soleh Jaafari menceritakan kenangan lampau beliau sewaktu menuntut ilmu dengan Syeikh Soleh di Al-Azhar.

Kata beliau, setiap petang hari Khamis, Syeikh Soleh Jaafari akan keluar melintasi jalan dari Al-Azhar ke Masjid Saidina Husain bagi menziarahi Saidina Husain. Katanya, beliau dan pemuda-pemuda lain masa itu akan berjalan mengiringi Syeikh Soleh ke Saidina Husain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan