Jumaat, 18 Jun 2010

SYEIKH SOLEH DIPILIH WALI ALLAH SEBELUM 'ALIM

Dr.Fathi Hijazi, Pensyarah Kuliah Bahasa Arab Al-Azhar Kaherah, sewaktu menyampaikan ucapan di malam penutup pada sambutan Maulid Syeikh Soleh Jaafari menyatakan, Allah telah memilih Syeikh Soleh sebagai wali-Nya sebelum beliau 'alim. Kata beliau yang pernah menuntut ilmu dengan Syeikh Soleh hampir 10 tahun di Masjid Al-Azhar, ia bukanlah satu perkara yang mustahil. Kata beliau, sebagaimana peliharaan dan penjagaan Allah terhadap Rasulullah s.a.w sejak usia Baginda s.a.w masih kecil. Tidak hairan kata beliau, Syeikh Soleh r.anhu telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w di ketika usianya baru 8 tahun.

Dr.Fathi menceritakan saat-saat manis beliau bersama Syeikh Soleh yang beliau mulai mendekati ulamak tersebut sewaktu menuntut di Al-Azhar tahun 1968 hingga hampir penghujung hayat Syeikh Soleh.

Kata beliau, Syeikh Soleh amat menekankan amal dari ilmu yang dimiliki. Tiga perkara yang menjadi rutin penuntut ilmu Allah, kata beliau pertama kitab hendaklah bersama mereka, kedua lidah yang sentiasa basah dengan zikir Allah dan ketiga hati yang tidak lupaiNya.

Turut mengiyakan pandangan Dr.Fathi ialah mantan Dekan Kuliah Bahasa Arab Universiti Al-Azhar, Kaherah, Prof.Dr.Abdul Ghaffar Hilal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan