Isnin, 28 Jun 2010

POLITIK PERANGKAP ATAU PERANGKAP YANG BERPOLITIK?


Gempar negara Malaysia membaca berita kemasukan 40 orang ulamak muda ke dalam UMNO. Maka bertalu-talu kutukan diberikan kepada mereka dan tidak kurangnya pujian dan sanjungan dari menteri dan yang lain-lain. Kalau orang awam yang tak mengaji agama masuk ke dalam parti sekular, tak pelik. Ini yang mendapatkan pendidikan agama sampai ke Madinah Al-Munawarrah ('ala sakiniha Afdhalussolatu wassalam).

Namun tak lama kemudian, terdengar pulak cerita yang menyatakan mereka diperangkap. Ia dikeluarkan oleh individu yang berada di majlis penyerahan borang. Perhatikan kenyataan di bawah:


Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, telah menafikan dakwaan yang dibuat bahawa 40 Ulama muda menyertai Umno Barisan Nasional.

Sila lihat kenyataan beliau di bawah:

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Persoalan: Siapa yang betul dan siapa yang salah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan