Rabu, 21 Julai 2010

KAJIAN MELAYU PALING RAMAI TENGOK PORNO

Sumber: Blog Tuan Haji Hashim

Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh di sini baru-baru ini.

Sementara itu, banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia. (AK)

NANTIKAN KARNIVAL KENANGAN 80 TAHUN PMRAM

Ahad, 18 Julai 2010

FORUM:MANHAJ PENGAJIAN AQIDAH,PEMIKIR ISLAM DAN TASAWUF

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PMRAM

Malam tadi berlangsungnya majlis sambutan Israk dan Mikraj anjuran PMRAM yang diuruskan oleh tiga PMRAM cawangan iaitu Perlis, Terengganu dan Perak. Jadual asalnya muhadharah akan disampaikan oleh 'Allamah Dr.Umar Abdullah Kamil namun di saat-saat akhir beliau terpaksa menguzurkan diri dan tempat beliau diambil alih oleh setiausahanya yang juga salah seorang anak muridnya, Syeikh Abdullah Ahmad Al-Baiti.

Ketidakhadiran Dr.Umar Kamil baru diketahui di saat-saat akhir sedangkan sebelumnya, ketika disampaikan surat jemputan dan melalui panggilan telefon dari teman beberapa hari sebelum majlis berlangsung, beliau telah menyatakan kesediaannya untuk hadir memandangkan sekian lama beliau tidak bersama anak-anaknya dari Malaysia. Menurut Syeikh Abdullah yang menggantikan Dr.Umar, beliau menghidapi penyakit diabetis dan kaki beliau mengalami ketumbuhan yang menyebabkan beliau terpaksa sukar untuk berjalan. Semoga Allah sembuhkan beliau.

Manakala Syeikh Abdullah Al-Baiti yang memulakan ucapannya tidak dapat berucap lama kerana mempunyai urusan lain. Ucapannya sekitar 40 minit itu, menyentuh secara ringkas pengajaran berkaitan Israk dan Mikraj dan di akhirnya menyentuh akhlak dan peribadi seorang pelajar Islam yang mesti dimiliki. Sekitar jam 10 malam, beliau beredar.

Kehadiran Syeikh Dr.Jamal Faruq malam itu diambil kesempatan oleh PMRAM bagi menjemput beliau meneruskan ucapan berkaitan Israk dan Mikraj. Beliau hadir bersama Syeikh Muhyidin Al-Isnawi, salah seorang anak murid Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim. Syeikh Muhyiddin yang telah hampir 10 tahun bermastautin di Dubai, banyak mentahqiq kitab karangan Syeikh Zaki Ibrahim berkaitan Tasawuf.