Selasa, 15 Jun 2010

DR.UMAR ABDULLAH KAMIL DI MAULID SYEIKH SOLEH MALAM TADI

Dr.Umar Abdullah Kamil selepas menziarahi maqam Syeikh Soleh Jaafari sebaik sahaja majlis tamat malam tadi.

Sambutan maulid malam ketiga malam ini (Selasa), diserikan dengan kehadiran para ulamak. Mereka ialah Dr.Sa'id Muhammad 'Amir, mantan imam dan khatib Masjid Saidina Husain sekarang bertugas di Pejabat Kementerian Wakaf Mesir.
Dr.Abdul Hakam As-So'idi di sambutan maulid Syeikh Soleh dua tahun lalu. Beliau sentiasa hadir di sambutan Maulid Syeikh Soleh setiap tahun.

Selain itu, majlis turut mengundang Prof. Dr.Abdul Hakam Abdul Latif As-So'idi, pensyarah Universiti Al-Azhar dan yang terakhir memberikan ucapan malam ini ialah ulamak Al-Azhar yang tidak asing lagi, iaitu Prof.Dr.Umar Abdullah Kamil. Majlis berakhir sekitar 12 malam dan akan bersambung lagi malam esok dan sambutan berbaki lagi dua malam.
Gambar kenangan bersama Dr.Umar Abdullah Kamil selepas majlis tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan