Salah satu yang menarik kunjungan para tetamu ke Sambutan Maulid Syeikh Soleh Jaafari r.anhu di masjid sepanjang maulid ialah pameran jualan kitab-kitab tasawuf. Ia diadakan saban tahun di perkarangan masjid bermula maghrib hingga tamat sambutan.
Selain buku dan kitab tulisan Syeikh Soleh Jaafari, turut dijual ialah kitab-kitab tasawuf karangan ulamak Sufi turathi dan moden. Tidak ketinggalan kaset, CD yang mengandungi bacaan madih oleh Haji Hamudah Bakhit, Haji Ahmad Juma'ah, Syeikh Mahmud,Syeikh Khalid Zaki dari Aswan.
Esok, Khamis merupakan malam penutup dan kemuncak sambutan. Dijangka ramai para ulamak dari dalam dan luar Mesir dijangka menghadiri sambutan dan diberikan penghormatan menyampaikan ucapan. Selalunya, malam penutup sambutan akan bermula lepas maghrib dan berakhir menjelang Solat Subuh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan