Selasa, 15 Jun 2010

MALAS NAK BERTEKAK PERKARA MACAM NI


Malam tadi,dalam perjalanan pulang dari sambutan Maulid Syeikh Soleh, kami menaiki teksi pulang ke rumah. Saya duduk sebelah pemandu sementara Ustaz Othman dan dua lagi teman berada di belakang. Ustaz Othman hulurkan kepada pemandu sebiji roti bergula atau Arab panggil "Nu'aim" yang dihadiahkan oleh Syeikh Abdul Ghani dalam majlis tadi. Pemandu yang dalam usia 30-an, berjanggut dan berjambang itu mula bertanya kami "dari mana?", sambungnya lagi "Dari majlis maulid?".

Saya berada disebelahnya mengangguk lantas terus dia bersyarah. Katanya dia pelik kenapa orang ramai berkumpul di setiap masjid Saidina Husain, masjid-masjid yang ada maqam lain hampir setiap bulan menyambut maulid?" Katanya sambil menikmati roti "Nu'iam" yang diberikan.

Ustaz Othman berada dibelakang tidak menjampuk. Saya pun sebenarnya malas, letih seharian di luar, penat badan. Habis dia bersyarah, saya baca ayat Al-Quran:

قل بفضل الله وبرحمته فبذال فليفرحوا هو خبر مما يجمعون

Yang bermaksud, "Katakanlah wahai Muhammad! Dengan kelebihan dan kurniaan yang Allah berikan, maka hendaklah kamu bergembira..."

Saya kata ringkas, apa masalah? Mereka berkumpul dan meraikan adalah bersyukur atas kurniaan Allah yang memberikan kepada kamu, orang-orang Mesir mereka itu, para wali Allah dan ahli Bait Rasulullah?

Pemandu itu diam seketika. Lalu, terasa tiada hujah, dia memperdengarkan kepada kami kaset. Tak ingat apa nama syeikh yang bersyarah dalam kaset. Katanya dari Saudi. Kami dengar sepanjang perjalanan hingga sampai ke Hayyu Sabiek. Isi ceramah banyak menyentuh tentang tauhid dan aqidah.

Sebelum turun, saya peringatkan kepada dia, "Walau siapa kita, Sufi, Salafi, Syiah atau Wahabi, musuh kita satu iaitu Yahudi." Dia menjawab "Ayyuwah (maksud Ya)".

Bila saya buka pintu nak keluar, dia pun bersuara lagi katanya, "Apa yang kamu buat sambut maulid ni, bid'ah tahu!". Saya terus menjawab, "Ya, memang. Tapi bid'ah hasanah". Kami terus beredar. Dalam hati saya kata, roti yang dihadiah dalam majlis maulid tadi, dia makan pula. Tak bid'ah.

Kerap kali kena dengan pemandu teksi dari warga Arab seperti ini. Tiga empat tahun dulu, terasa juga nak bertekak. Nak berhujah. Tapi sekarang, saya suka diam dan banyak mendengar.

Pertama, sebab berhujah dengan mereka banyak membuang masa. Buang masa kerana ia adalah perkara khilaf. Kedua, banyak ilmu lain yang kita akan tercicir dengan sendiri akibat berbahas perkara kecil begini. Nampak a'lim dan banyak ilmu bila berdebat berkaitan maulid, dalil tabarruk, rod Wahabi. Tapi bila tanya lebih dari itu, tak boleh jawab. Ilmu Nahu, Soraf, Mustolah Hadith, Feqah tercicir.

Apa yang kita jalani sekarang adalah manhaj yang betul. Atas manhaj Al-Azhar. Ahli Sunnah wal jama'ah. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan