Khamis, 7 Julai 2011

ABUL FUTUH SERTAI HIMPUNAN DI TAHRIR ESOK, BARAD'IE UMUM TAKKAN HADIR

Menjelang himpunan jutaan rakyat Mesir esok, Jumaat bersamaan 8 Julai di Tahrir dan di seluruh negara, beberapa kenamaan telah mengesahkan kehadiran bagi menyertai kebangkitan rakyat buat kali kedua. Antara yang akan bersama rakyat esok ialah Setiausaha Agung Kesatuan Doktor-Doktor Arab, Dr.Abdul Mun'im Abul Futuh yang juga calon Presiden Mesir memendekkan lawatan beliau ke Tunisia bagi menyertai himpunan rakyat di dataran Tahrir esok. Beliau sepatutnya berada di negara Tunisia hingga Ahad ini dalam misi lawatan di bawah kelolaan kesatuan tersebut.Menurut Ahmed Usamah, jurucakap media bagi kempen sokongan pencalonan Abul Futuh sebagai Presiden Mesir berkata, Abul Futuh yang juga bekas anggota 'Am Majlis Syura Ikhwan Muslimin akan berada di Tahrir pagi Jumaat esok.

Sementara seorang lagi calon Presiden Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie pula dilaporkan tidak akan turun ke Tahrir bagi mengelakkan dirinya dituduh mencari populariti untuk merebut jawatan tertinggi negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan