Setelah beberapa minggu mengeluarkan ketetapan tidak menyertai atau menyokong mana-mana penganjuran demontrasi di medan Tahrir, Ikhwan Muslimin hari ini 6 Julai 2011 telah mengeluarkan kenyataan rasmi terbaru akan menyertai demontrasi Jumaat ini, 8 Julai di medan bersejarah itu. Ikhwan Muslimin sejak beberapa minggu lepas tidak menyokong penganjuran demontrasi dan tidak membenarkan ahli-ahli mereka menyertainya di Tahrir kerana beberapa sebab berikut:
1) Demontrasi sebelum ini dianjurkan bagi mendesak diadakan "Perlembagaan dahulu" dan ditangguhkan pilihanraya Parlimen ke satu tarikh lain, iaitu tidak diadakan bulan September ini seperti dijadual.
2)Kempen "Perlembagaan Yang Pertama, Pilihanraya Yang Kedua" ini dianjurkan oleh beberapa parti politik yang mereka ini menganjurkan siri demontrasi di Tahrir minggu-minggu sebelum ini.
3) Ikhwan Muslimin tetap memegang prinsip "Pilihanraya Yang Pertama" iaitu mahukan pilihanraya negara itu dijalankan seperti yang dijanjikan pada September ini dengan rasa penuh kekecewaan membuat keputusan tidak bekerjasama dengan demontrasi yang diadakan sebelum ini.
4) Sebab utama Ikhwan Muslimin tetap bertegas mahukan Pilihanraya September ini, tidak mahu ditangguhkan kerana ia adalah suara rakyat seperti yang mereka terjemahkan pada referendum Mac lalu yang bersetuju terhadap beberapa fasa dalam pindaan Perlembagaan baru.
5) Selain itu, bagi Ikhwan Muslimin, tindakan menangguhkan Pilihanraya Parlimen adalah akan menjadikan tempoh peralihan kuasa kepada kerajaan yang ditentukan rakyat agak lama selain memanjangkan tempoh kuasa Majlis Tentera yang menguasai negara sedangkan status Majlis Tentera hanya sekadar "kerajaan sementara". Bagi Ikhwan Muslimin lagi, makin lama pilihanraya ditangguh, maka makin banyak anasir-anasir perpecahan dari kalangan perusuh yang tidak dikenali akan mengambil peluang bagi meletakkan negara dalam kancah perang saudara.
Setelah berpuas hati dengan beberapa pertubuhan dan parti politik yang menukar haluan menyokong Pilihanraya bulan September ini, maka Ikhwan Muslimin mengambil keputusan akan menyertai perhimpunan Jumaat 8 Julai ini sebagai langkah permulaan.
Sumber: Ikhwanonline.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan