Jumaat, 1 Julai 2011

JURUTERA KEMUKA SAMAN TERHADAP HABIB 'ADLI


Naib Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Khairat Shatir yang juga seorang jurutera memfailkan saman terhadap bekas Menteri Dalam negeri, Habib 'Adli dan bekas ketua Amnu Daulah yang dibubarkan Hasan Abdul Rahman dan beberapa pegawai tinggi Amnu Daulah yang dibubar bagi meminta siasatan dilakukan ke atas penangkapan beliau yang dianggap tidak sah.

Shatir ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1995 atas dakwaan menyertai Ikhwan Muslimin dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh mahkamah tentera. Beliau mendakwa pendakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan ia merupakan satu kezaliman dan berniat jahat. Saman tersebut dikemukakan Shatir kepada Pejabat Peguam Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan