Selasa, 3 Januari 2012

17 BEKAS MP BAKAL KEMBALI KE PARLIMEN UNTUK PILIHANRAYA PUSINGAN KETIGA-ANTARANYA DR.YUSRI HANI "HASAN ALBANNA ZAMAN INI"

Hari ini iaitu 3 dan 4 Januari 2012 adalah pusingan ketiga dan terakhir bagi baki sembilan lagi wilayah di negara itu yang mempunyai jumlah pengundi seramai 14.5 juta yang bakal menunaikan tanggungjawab selama dua hari. Sembilan wilayah tersebut ialah:

-Qalyubiyah
-Qina
-Gharbiyah
-Daqahliyah
-Wadil Jadid
-Utara Sinai
-Selatan Sinai
-ElMinia
-Matruh

Pada pusingan terakhir ini bagi memilih 150 Ahli Dewan Rakyat iaitu 50 bagi calon INDIVIDU dan 100 orang bagi calon SENARAI.

Terdapat 7,210 pusat pengundian dan 15,175 saluran mengundi yang akan dipantau oleh 12,000 orang hakim.

Pusingan ulangan bagi fasa ketiga ini ditetapkan pada 10 dan 11 Januari ini. Turut menyertai pada pusingan ulangan 10 dan 11 Januari depan ialah lima daerah lain yang terpaksa ditangguhkan antaranya kerana keputusan mahkamah. Lima daerah tersebut ialah

1) Mehram Bik (Iskandariah)
2)Fath (Asyut)
3) Dairut (Asyut)
3)Sahil (Kaherah)
4) Daerah Kelima (Syarqiyyah)

Untuk pusingan ini, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik bagi Ikhwan Muslimin serta rakan-rakan dalam "Pakatan Demokrasi Demi Mesir" meletakkan calon di semua calon SENARAI iaitu 100 senarai. Sementara bagi calon INDIVIDU, mereka hanya bertanding 36 kerusi berbanding 50. Mereka juga tidak meletakkan calon INDIVIDU di wilayah Matruh.

Antara kepimpinan FJP yang bertanding pada pusingan ini ialah Setiausaha Agung FJP, Dr.Sa'ad Katatni yang bertanding sebagai ketua calon SENARAI FJP di wilayah ElMenia, Dr. Mohammad El-Baltaji, AJK FJP Pusat dan Ketua FJP Kaherah (bertanding ketua calon SENARAI Qalyubiyyah) dan Dr.Yusri Hani bertanding sebagai calon INDIVIDU (profesional) di daerah pertama Daqahliyyah.

Dr.Yusri Hani merupakan bekas wakil rakyat daerah tersebut yang juga Pensyarah dan Ketua Bahagian Dakwah dan Pengetahuan Islam, Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar Mansurah. Beliau digelar sebagai "HASAN AL-BANNA zaman ini" kerana kehebatan ilmu dan peribadi beliau diakui oleh kawan dan lawan.

Untuk daerah pertama Daqahliyah yang merangkumi bandar Mansurah, buat pertama kalinya Parti Nur Salafi tidak meletakkan calonnya bagi berhadapan dengan calon FJP iaitu di kawasan tersebut. Ini kerana Parti Nur amat menghormati ketokohan Dr.Yusri Hani.

Beliau dilahirkan di Daqahliyah pada tahun 1952 dan kini berusia 60 tahun, merupakan bekas Ahli Parlimen bagi daerah tersebut sebelum ini. Kerana penipuan pilihanraya, beliau tewas pada pilihanraya tahun 2010 lalu berhadapan dengan calon NDP yang dibubarkan. Memiliki ijazah Doktor (PhD) dalam bidang pengkhususan Pengetahuan Islam pada tahun 1986.

Untuk rekod, seramai 17 orang bekas Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin daripada 88 orang pada penggal 2005 lalu kembali bertanding pada pilihanraya pusingan ketiga ini. Kebanyakan mereka 'tewas' pada pilihanraya era Mubarak tahun lalu kerana penipuan.

FJP dan rakan-rakan dalam pakatan Tahalufnya dijangka menang lebih besar untuk pusingan kali ini. Hingga kini, menurut Setiausaha Agungnya, Dr.Sa'ad Katatni, seramai 10 juta rakyat Mesir telah memberikan undi kepada FJP. Hingga pusingan kedua lepas, FJP telah memenangi 52 peratus kerusi di Parlimen.

Laman sosial Facebook Dr.Yusri Hani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan