Seorang pendakwah terkenal, Dr.Umar Abdul Kafi selamat tiba di Kaherah semalam, 12 Jun setelah meninggalkan tanah air Mesir selama 12 tahun. Dr.Umar adalah anak kelahiran El-Menia, Mesir berhijrah ke beberapa buah negara bagi tujuan mengembangkan dakwah Islam setelah kerajaan pimpinan Mubarak sebelum ini banyak membuat sekatan terhadap para pendakwah bagi menyebarkan Islam di Mesir. Dr.Umar kini menetap di Dubai sejak 10 tahun lalu. Sejak kejatuhan rejim Mubarak pada 11 Februari lalu, ramai yang meminta Dr.Umar kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat untuk tanah air tercinta.
Dr.Umar dilahirkan tanggal 1 Mei 1951 di wilayah El-Mania. Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang kepada agama Islam yang kuat. Beliau telah menghafaz Al-Quran sebelum usianya 10 tahun. Menuntut ilmu agama dari ramai guru di Mesir dengan pelbagai ilmu antaranya Hadith, Tafsir, Tauhid, Usul Fiqh, Bahasa Arab dan menghafaz matan-matan seperti Alfiyah Ibnu Malik serta menghafaz Sahih Bukhari dan Muslim serta sanadnya dari guru beliau.
Graduan Fakulti Pertanian tahun 1972, kemudian menyambung peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam fakulti yang sama sebelum menyambung peringkat MA dalam bidang Fiqh Muqaran (Fekah Perbandingan).
Telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang putera (Ahmad, Ammar dan Bilal) serta dua orang puteri (Nada dan Huda).
Dilaporkan bahawa Dr.Umar dijadualkan bertemu dengan Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib Khamis ini dan akan mengadakan kunjungan ke beberapa wilayah bagi mengadakan pertemuan dengan rakyat. Beliau juga dikatakan akan berada di Mesir dalam tempoh yang singkat dan dijangka kembali ke Dubai dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan