Ahad, 12 Jun 2011

MAJLIS TAKZIAH AL-MARHUM MUHAMMAD SYAM'AH DI GAZA



Majlis takziah atas kematian tokoh HAMAS Al-Marhum Ustaz Muhammad Syam'ah diadakan semalam di Gaza yang dianjurkan oleh HAMAS. Antara yang menghadirinya wakil dari Ikhwan Muslimin Dr.Sa'ad Al-Husaini Ahli Maktab Irsyad Ikhwan dan Dr.Hazim Faruq, bekas Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin 2005. Ustaz Muhammad Syam'ah merupakan Pengerusi Majlis Syura HAMAS adalah antara tokoh yang sama-sama mengasaskan HAMAS pada Disember 1987 bersama As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat lalu, 8 rejab bersamaan 10 Jun 2011 selepas tiga hari diserang angin ahmar dalam usia 76 tahun. Al-Marhum dilahirkan di Mijdal, Palestin tahun 1935. Beliau dan keluarga terpaksa berpindah ke Semenanjung Gaza tahun 1948 setelah Israel menguasai perkampungan beliau. Pernah merengkuk dalam penjara Isarel tahun 1988 selama 18 bulan. Jenazah beliau selamat disemadikan selepas disembahyangkan di Masjid 'Umril Kabir. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di syurga bersama-sama para Nabi, solihin dan syuhada'.
Sumber: http://www.palestine-info.info/ dan www.ikhwanonline.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan