Sabtu, 4 Jun 2011

KEDAI BUKU "DAR TAUZIK" DIBUKA SEMULA LEPAS REVOLUSI




Kebebasan dan keamanan selepas revolusi Mesir telah membuka lembaran baru untuk sebuah kedai buku yang lebih empat tahun lalu diarahkan tutup oleh kerajaan Mesir. Setelah tumbangnya Mubarak, kedai buku yang terletak tidak jauh dari Masjid Sayyidah Zainab, Kaherah ini mula beroperasi dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badi'e lebih sebulan yang lalu. Kedai buku tersebut yang dinamakan "Dar al-Tauzi' wa Nasyrul Islamiyyah" yang terletak tingkat satu,bangunan yang terletak di tepi jalan menghala dari Sayyidah Zainab ke Ahmad Mahir. Banyak buku-buku politik yang dijual hasil tulisan para pemikir Islam khasnya berkaitan dengan gerakan Islam seluruh dunia. Tiada lagi ketakutan dan kegelisahan ketika masuk dan keluar kedai buku seperti ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan