Setelah berlaku krisis hingga pertumpahan darah di gereja Imbabah yang mengakibatkan hampir 20 jiwa terkorban, para penganut Kristian berhimpun di hadapan bangunan Masbero, Tahrir. Mulanya saya tertanya-tanya,apakah itu Masbero?
Masbero adalah nama bagi bangunan stesen dan televisyen Mesir (sama seperti Angkasapuri di Malaysia). Bangunan ini berada di tepi Singai Nil kira-kira 10 minit dari Medan Tahrir. Nama Masbero diambil dari seorang pakar kesan sejarah dari Perancis, Gaston Maspero yang pernah dilantik sebagai Ketua Majlis Hal Ehwal Kesan Sejarah Mesir. Bangunan yang dibangunkan pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir ini mula dibina bulan Ogos 1959 dan selesai kerja pembinaan pada 21 Julai 1960 iaitu hanya memakan masa kurang setahun bagi menyambut ulangtahun kelapan Revolusi Julai. Revolusi ini adalah revolusi yang dipelopori tentera bagi menggulingkan kerajaan beraja yang berlaku pada 23 Julai 1952. Pembinaan Masbero menelan belanja sebanyak LE108,000 atas keluasan 12 ribu meter persegi.
Radio dan televisyen Mesir ketika zaman Mubarak tidak bebas dan melaporkan berita berat sebelah. Hanya selepas revolusi 25 Januari lalu, kini radio dan televisyen Mesir lebih adil dan telus bahkan Selasa lepas, Rancangan TV 1 dalam siaran "Ittijahat" telah mengundang Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin dalam wawancara khas bersama beliau. Pengerusi Persatuan Radio dan Televisyen Mesir sebelum ini (ketika era Mubarak), Usamah Syeikh kini berhadapan dengan tuduhan menggelapkan wang syarikat dan kini sedang dibicarakan di mahkamah Kaherah.
Di hadapan bangunan inilah telah menyaksikan perhimpunan ribuan penduduk Kristian yang tidak berpuas hati setelah gereja di Imbabah terbakar dan mereka berkumpul dan berkampung di hadapan Masbero selama 10 hari mendesak kerajaan mendedahkan dalang di sebalik krisis antara agama itu.
Beberapa bulan sebelum ini, di hadapan Masbero juga menyaksikan sekitar 200 orang penyokong Mubarak berkumpul menuntut dihentikan penghinaan terhadap Mubarak dalam media Mesir dan meminta semua menghargai sumbangan Mubarak sewaktu menjadi Presiden dan usaha beliau membebaskan Sinai. Mubarak ketika itu mengetuai operasi serangan udara bersama tentera Mesir membebaskan Semenanjung Sinai akan tetapi semua itu tidak mampu menutup kezalimannya sepanjang 30 tahun memerintah Mesir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan