Sabtu, 4 Jun 2011

PERJALANAN TERAKHIR DR.ABDUL HAMID GHAZALI

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin,Dr.Mohamad Badi'e antara pemimpin Ikhwan yang memberikan penghormatan terakhir ke atas jenazah Penasihat politik Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin Prof.Dr.Abdul Hamid Ghazali yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Politik Universiti Kaherah .

Jenazah beliau telah disembahyangkan di Majis Mustafa Mahmud, Mohandiseen,Giza lepas solat Zohor tadi. Selain Dr.Badi'e turut hadir ialah bekas Mursyidul 'Am, Ustaz Mohammad Mahdi 'Akif, timbalan-timbalan Mursyidul 'Am, Dr.Mahmud Izzat dan Dr.Rasyad Al-Bayyumi selain Dr.Judah Abdul Khaliq, Menteri Kebajikan Mesir, Dr.Sultan Abu 'Ali, bekas Menteri Ekonomi, Dr.Abdul Mun'im Al-Masyat pensyarah kuliah Politik dan Ekonomi, Dr.Abdul Jalil Mustafa Penyelaras Kesatuan Reformasi Kebangsaan selain puluhan sahabat handai dan anak-anak murid yang pernah menerima asuhan dan didikan dari beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan